Pastikan tiada sampah sarap atau kekotoran ditinggalkan di dalam dewan selepas aktiviti.
Dilarang merokok di dalam dewan. Sila patuhi peraturan demi keselesaan semua pengguna.
2. Pembatalan Oleh Pihak Majlis
Pihak Majlis berhak membatalkan tempahan dewan pada bila-bila masa tanpa notis sekiranya dewan diperlukan untuk urusan rasmi kerajaan.
3. Bayaran
Selepas membuat tempahan, pengguna akan dibawa terus ke halaman pembayaran melalui SenangPay.
Pembayaran mesti diselesaikan sebelum tempahan boleh disahkan.
Jumlah keseluruhan akan dipaparkan sebelum pengguna meneruskan pembayaran.
Tempahan hanya akan disahkan setelah pembayaran berjaya diterima.
Selepas pembayaran selesai, pengguna disarankan untuk menyimpan resit transaksi sebagai bukti pembayaran.
Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan, kecuali dalam keadaan tertentu yang dipersetujui oleh pihak MPD.
4. Pembatalan Oleh Penyewa
Penyewa mesti memaklumkan pembatalan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh sewaan. Pihak MPD tidak akan memulangkan bayaran atau menggantikan tarikh sewaan yang dibatalkan.
Sewaan Dewan akan digantikan kepada tarikh yang lain sekiranya arahan daripada MPD bagi penutupan @ urusan rasmi kerajaan.
5. Pemantauan dan Syarat Tambahan
Penyewa mesti mematuhi semua syarat yang dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.